METODOLOGI KAJIAN


Metodologi Kajian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Perkataan "Metodologi" merujuk kepada sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan kajian. Kaedah ini adalah satu pendekatan bagi memperoleh maklumat dan data agar penyelidikan dapat berjalan dengan berkesan. 

Pengurusan alam pembelajaran merupakan langkah persediaan guru sebelum memasuki alam persekolahan mahupun pembelajaran yang menyentuh beberapa perkara iaitu penglibatan persediaan seorang pendidik dalam mengajar, kelompok pelajar yang bakal diajar, bahan bantu mengajar, dan suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, dalam bab ini akan membincangkan langkah persedian dengan mengadakan beberapa kaedah agar maklumat mengenai pengurusan alam pembelajaran dapat dikenal pasti. Antara kaedah yang digunakan bagi mendapatkan data adalah Kaedah Tinjauan (google form) dan Kaedah Sumber Rujukan melalui Internet.

Kaedah Tinjauan

Bagi memastikan kelancaran proses untuk mendapatkan maklumat laporan ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan sebagai pendekatan yang signifikan bagi melengkapkan kajian ini. Pengkaji menghasilkan Google Form yang mengemukakan beberapa jumlah soalan dan kemudian menyebarkan pautan borang tersebut menerusi media sosial masing-masing. Data pula dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta pai.

Kaedah Sumber Rujukan 

Untuk mengukuhkan lagi maklumat yang dicapai, pengkaji menggunakan alternatif yang lain iaitu dengan merujuk di Internet. Beberapa laman sesawang digunakan dan segala maklumat tambahan digunakan bagi melengkapkan laporan tersebut.


Comments