Posts

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi Kajian Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Perkataan "Metodologi" merujuk kepada sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan kajian. Kaedah ini adalah satu pendekatan bagi memperoleh maklumat dan data agar penyelidikan dapat berjalan dengan berkesan.  Pengurusan alam pembelajaran merupakan langkah persediaan guru sebelum memasuki alam persekolahan mahupun pembelajaran yang menyentuh beberapa perkara iaitu penglibatan persediaan seorang pendidik dalam mengajar, kelompok pelajar yang bakal diajar, bahan bantu mengajar, dan suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, dalam bab ini akan membincangkan langkah persedian dengan mengadakan beberapa kaedah agar maklumat mengenai pengurusan alam pembelajaran dapat dikenal pasti. Antara kaedah yang digunakan bagi mendapatkan data adalah Kaedah Tinjauan (google form) dan Kaedah Sumber Rujukan melalui Internet. Kaedah Tinjauan Bagi memastikan kelancaran proses ...